RUSSELL hanya ketinggalan 17 mata di belakang Verstappen untuk merampas kedudukan naib juara kategori pelumba musim ini. - AFP

F1: Mercedes atur strategi bantu Russell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAO PAULO – Pasukan Mercedes bersedia menggerakkan segala usaha bagi membantu pelumbanya, George Russell merampas kedudukan naib juara Kejuaraan Dunia Formula Satu (F1) 2026 daripada Max Verstappen dalam baki tiga perlumbaan musim ini.

Perkara itu disahkan ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff selepas pasukannya melengkapkan gelaran kejuaraan pengeluar menerusi Grand Prix (GP) Sao Paulo di Brazil, kelmarin.

Kejayaan itu hadir seminggu selepas pelumba Mercedes, Andrea Kimi Antonelli mengesahkan gelaran juara dunia pemandu di Mexico, sekali gus melengkapkan musim cemerlang buat pasukan berpangkalan di Brackley itu.

Bagaimanapun, perlumbaan di Brazil tidak berjalan seperti diharapkan apabila Russell dan Antonelli masing-masing sekadar menamatkan saingan di tempat keempat dan kelima.

Wolff berkata, pasukannya mahu memastikan Russell memperoleh kutipan mata maksimum dalam tiga perlumbaan terakhir, selain tidak menolak kemungkinan menggunakan pendekatan lebih agresif bagi merealisasikan sasaran itu.

“Sudah tentu kami mahu dia mengutip mata maksimum dan berharap dapat menamatkan musim di tempat kedua. Kami perlu memikirkan pendekatan terbaik, namun tidak mustahil kami akan memberikan segala sokongan yang diperlukan,” katanya.

Ketika ini, Russell ketinggalan 17 mata di belakang Verstappen yang menduduki tangga kedua dan perlu berada di atas podium sekiranya berhasrat untuk menamatkan perlumbaan musim ini sebagai naib juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN