fbpx
OCON terpaksa mencari pasukan baharu musim depan selepas Haas mengumumkan tidak menyambung kontraknya. - AFP

F1: Ocon nafi serang prinsipal Haas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEXICO – Pemandu Perancis, Esteban Ocon menafikan dakwaan kononnya dia digugurkan daripada pasukan Haas selepas perselisihan faham dengan prinsipal pasukan, Ayao Komatsu hingga bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

Ocon, 30, menolak sekeras-kerasnya dakwaan tersebut terutama berlakunya sebarang bentuk keganasan fizikal ketika menyelesaikan perbezaan pandangan antara dirinya dengan pasukan.

Ocon yang sudah mengharungi 198 perlumbaan Grand Prix sepanjang karier selama sedekad bersama enam pasukan berbeza, secara mengejut digantikan pemandu Jepun, Ryo Hirakawa menjelang sesi kelayakan GP Mexico, meskipun sempat menyertai kedua-dua sesi latihan bebas pada Jumaat.

Bagaimanapun, Haas tidak memberikan penjelasan rasmi mengenai keputusan menggugurkan Ocon secara mendadak itu.

Ketegangan dalam kem Haas mula menjadi perhatian ketika sesi latihan bebas kedua apabila perbualan radio antara Ocon dengan jurutera perlumbaannya, Laura Mueller mendedahkan perselisihan mengenai pemilihan tayar untuk jentera berkenaan.

Ocon dilaporkan tidak berpuas hati apabila diarahkan menggunakan tayar medium berbanding tayar lembut yang dimintanya, sebelum meluahkan rasa tidak puas hati menerusi komunikasi radio pasukan.

“Perbezaan pandangan itu membawa kepada perbincangan bersama pihak yang terlibat. Saya mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan amat percaya bahawa perselisihan harus sentiasa diselesaikan secara profesional, saling menghormati serta mempunyai persefahaman bersama,” katanya.

Bulan lalu, Haas sudah mengesahkan tidak akan menyambung khidmat Ocon bagi musim depan selepas menandatangani pemandu muda Brazil daripada Akademi Pemandu Ferrari, Rafael Camara untuk kempen 2027. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN