PRINSIPAL pasukan Mercedes, Toto Wolff meraikan kemenangan bersama Kimi Antonelli. -AFP

F1: Wolff nafi Mercedes ‘anak tirikan’ Russell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolff menyelar dakwaan tidak masuk akal sesetengah pihak yang menuduh pasukannya mengamalkan sikap berat sebelah dengan melebih-lebihkan Kimi Antonelli berbanding George Russell.

Wolff tanpa berselindung me­nyifatkan mana-mana indivi­du yang mempercayai teori kon­spira­si itu sebagai ‘tidak be­rotak’ dan meminta mereka bera­lih menonton rancangan kanak-ka­nak berbanding perlumbaan Formula Satu (F1).

Khabar angin itu tercetus se­lepas jurang mata kejuaraan an­tara kedua-dua pemandu ter­babit kini dipisahkan 84 mata me­mihak kepada Antonelli susulan kegagalan unit kuasa yang memaksa Russell menarik diri (DNF) buat kali ketiga musim ini pada perlumbaan terdahulu di Malaysia.

“Mereka yang berfikir sedemikian langsung tidak berotak. Ia dakwaan yang mengarut sama sekali. Kami pernah berdepan situasi sama dengan peminat Lewis (Hamilton) sebelum ini.

“Adakah mereka fikir saya mempunyai butang khas bertulis ‘enjin George rosak sekarang’? Atau sengaja merugikan pe­mandu sendiri ketika kami sedang bersaing merebut Kejuara­an Pengeluar?. Daripada mereka menonton F1, lebih baik mereka tonton Teletubbies atau Mickey Mouse,” katanya.

Wolff menjelaskan bahawa pa­sukannya sejak dahulu lagi mengekalkan prinsip integriti dan ketelusan dengan menyediakan jentera serta peluang yang sama rata kepada setiap pelumba.

Beliau turut mengimbas perbualannya bersama legenda F1, Alain Prost, mengenai ketegangan politik dalaman ketika era bersama Ayrton Senna yang men­jadi pengajaran berguna bu­at di­rinya dalam menguruskan ke­harmonian pasukan.

“Kimi bersama kami sejak berusia 11 tahun dan Russell pula menyertai kami ketika umurnya 17 tahun. Hubungan kami sangat rapat. Jadi, agak menjengkelkan apabila ada segelintir ‘orang gila’ di media sosial yang tidak faham dinamik pasukan melemparkan tuduhan seperti ini.

“Paling penting, George dan Ki­mi tahu bagaimana pasukan beroperasi dan kami sentiasa mem­beri peluang yang adil kepa­da kedua-duanya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN