fbpx
SPURS mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan EPL selepas membenam Palace kelmarin. - FB TOTTENHAM HOTSPUR

EPL: Spurs mula temui tahap stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pelaburan Tottenham Hotspur mendapatkan khidmat Sandro Tonali mula menampakkan hasil selepas menjadi nadi penting buat pasukan ketika menewaskan Crystal Palace 2-0, awal pagi semalam.

Pengendali Spurs, Roberto De Zerbi memuji persembahan Tonali yang disifatkan sebagai sempurna untuk bantu meneruskan rentak positif dengan mencatat kemenangan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut.

“Tonali pamerkan prestasi luar biasa dan menakjubkan. Kami seperti bermain dengan kelebihan dua pemain kerana Tonali seolah-olah menjalankan dua peranan di atas padang,” katanya.

Spurs memperoleh kelebihan selepas penyerang Palace, Jean-Philippe Mateta dilayangkan kad merah sebelum meraih gol menerusi Archie Gray dan Jan Paul Van Hecke.

Selain Tonali, De Zerbi turut memuji peningkatan beberapa pemain lain termasuk Gray, Andy Robertson, Mateus Fernandes, Omar Marmoush dan Dominic Solanke yang dilihat semakin memahami tuntutan taktikalnya.

“Semua pemain sudah menunjukkan keserasian yang bagus dan saya rasa perjalanan pasukan ini berada di landasan yang tepat.

“Namun, tidak terlalu selesa kerana masih banyak ruang untuk diperbaiki, terutama ketika berdepan pasukan yang bertahan.

“Kita perlu ingat dua minggu lalu kedudukan pasukan tidak begitu baik dan perlu terus bekerja keras,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN