fbpx
Gambar hiasan.

Hadiah iPhone17 tak dapat, wang RM56,600 pula yang lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Impian seorang remaja lelaki memenangi telefon bimbit iPhone 17 dan wang tunai RM7,000 bukan sahaja tidak kesampaian malah pula kerugian RM56,600 akibat diperdaya sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Pembantu kedai perkakasan berusia 18 tahun itu yang menyedari tertipu telah membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, pada mulanya, remaja tersebut bermain permainan cabutan bertuah berupa pusingan roda menerusi aplikasi Instagram (IG) pada Rabu lalu.

“Mangsa teruja memenangi telefon bimbit iPhone 17 dan wang tunai RM7,000 sebelum dihubungi suspek menerusi mesej IG.

“Dia dijanjikan hadiah tersebut dengan syarat membuat sejumlah pembayaran kononnya sebagai caj pemprosesan dan berjanji akan memulangkannya semula,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sharudin berkata, pembantu kedai perkakasan itu kemudiannya akur membuat pembayaran keseluruhan RM56,600 ke dalam empat akaun bank berbeza dalam tempoh dua hari sehingga Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN