fbpx
ANWAR (tiga dari kiri) pada Majlis Perasmian Himpunan Pondok dan Sekolah Agama Negeri Perak 2026 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah, Chemor, Ipoh hari ini.

RM15 juta bantu sekolah agama dan pondok di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Instisusi pendidikan berteraskan Islam iaitu sekolah-sekolah agama dan pondok di Perak menerima suntikan bantuan kewangan sebanyak RM15 juta pada tahun ini melibatkan proses naik taraf kemudahan bagi keselesaan guru dan pelajar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, bantuan kewangan itu jelas menunjukkan komitmen yang diberikan oleh kerajaan untuk memakmurkan serta mengimarahkan lagi sekolah-sekolah agama dan institusi pondok di seluruh negara.

“Selain itu, di peringkat Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, kita sememangnya ada kerjasama dengan pondok-pondok dan institusi-institusi ini daripada pelbagai aspek dengan tujuan untuk memartabatkan lagi pendidikan Islam di negara kita.

“Tahun ini, kerajaan memperuntukan RM200 juta dan di negeri Perak, RM15 juta untuk sekolah-sekolah yang akan diagihkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dan kerjasama Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah, Chemor di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan merasmikan Majlis Perasmian Himpunan Pondok dan Sekolah Agama Negeri Perak 2026.

Anwar dalam ucapannya turut mengumumkan bantuan kewangan RM15 juta bagi sekolah-sekolah agama dan pondok di negeri Perak selain RM300,000 untuk sekolah agama bantuan kerajaan tersebut.

Menurut Zulkifli, pihaknya akan mengenal pasti keperluan-keperluan sekolah untuk melakukan penambahbaikan daripada peringkat aspek kemudahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN