fbpx
Nelayan warga Kemboja dan seorang tekong warga Thailand ditahan APMM di kedudukan kira-kira 8.7 batu nautika barat laut Pulau Nipis, Lumut semalam.

Tekong Thailand, 21 kru Kemboja ditahan di perairan Lumut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) yang disyaki melanggar syarat sah lesen ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama seorang tekong warga Thailand dan 21 kru warga Kemboja di kedudukan kira-kira 8.7 batu nautika barat laut Pulau Nipis di sini, semalam.

Pengarahnya, Kapten Mohamad Shukri Khotob berkata, penahanan itu dilakukan pada pukul 9 pagi ketika kapal ronda APMM sedang melaksanakan rondaan operasi di perairan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut dikendalikan oleh seorang tekong warga Thailand bersama 21 kru warga Kemboja berusia antara 21 hingga 54 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati vesel berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti penangkapan ikan di luar kawasan yang dibenarkan.

“Selain itu, vesel tersebut turut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 apabila kru yang berada di atasnya tidak memiliki permit kerja yang sah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua kru ditahan bagi membantu siasatan, manakala vesel, hasil tangkapan ikan dianggarkan seberat 50 kilogram serta peralatan menangkap ikan turut dirampas.

“Semua rampasan tersebut dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN