fbpx
Seorang wanita dipercayai warga asing dengan selamba menyidai pakaian di palang besi laluan pejalan kaki di Pasar Jawa, Klang berdekatan stesen LRT Jambatan Kota.

‘Dia ingat tu pagar rumah dia ke apa?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan wanita dipercayai warga asing dengan selamba menyidai pakaian di atas palang besi berhadapan laluan pejalan kaki dan premis kedai di Pasar Jawa, Klang mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Menerusi hantaran Threads Niklaici, dia memuat naik gambar memperlihatkan seorang wanita dipercayai warga asing menyidai pakaian di palang besi berkenaan yang juga tempat awam.

“Aku benci warga pendatang asing buat perangai macam kat negara sendiri. Kisahnya aku jalan-jalan dekat Pasar Jawa. Nampak makhluk ni sidai baju dengan selambanya kat tepi jalan.

“Sakit mata oi. Aku dah tegur, dia balas balik dalam bahasa dia. Menyesal pula aku tak up (naikkan) lagi level (tahap) kurang ajar aku,” katanya pada hantaran berkenaan hari ini.

Pengguna Threads itu mendakwa, lokasi kejadian itu di Pasar Jawa serta berdekatan stesen LRT Jambatan Kota.

“Ikut hati memang aku nak campak je, tapi aku fikirkan keselamatan sebab sini bersepah warga asing. Dobi berhampiran yang guna warga asing. Klang adalah bandaraya diraja bawah Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), pejabat majlis pun dekat je sini.

“Tapi entahlah bersepah warga asing kat sini. Nak bergaduh lebih-lebih karang tak pasal-pasal aku ke dalam, dibuang kerja macam tu sahaja sebab ada rekod. Tapi betullah, orang Malaysia terlalu baik sampai diorang pijak-pijak kita,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada rakyat Malaysia yang mengecam perbuatan warga asing tersebut.

“Kenapa kau tak campak atas jalan. Itu kawasan terbuka dan kawasan awam. Kalau aku campak dalam longkang,” kata Udaayie.

“Lah, dia ingat tu pagar rumah dia ke apa? Rosak, rosak,” kata Wan Lily.

“Sangat memalukan Malaysia. Bayangkan kalau pelancong nampak,” komen Oduodu69. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN