fbpx
Tangkap layar sebuah iPad yang dibasuh sekali dengan timbunan baju lain dalam mesin basuh di sebuah dobi.

[VIDEO] ‘Cuci baju sekali dengan pakej cuci memori’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan cuai seorang pelanggan dipercayai tertinggal sebuah iPad bersama pakaian di dalam mesin basuh di sebuah dobi mengundang perhatian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @usersukamatcha, kejadian itu memaparkan sebuah iPad yang sedang dibasuh bersama timbunan pakaian di dalam mesin basuh sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Insiden tersebut difahamkan berlaku kecuaian pelanggan yang dipercayai terlupa mengeluarkan peranti itu sebelum pakaian dibasuh.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat juga pengguna lain yang mendakwa pernah mengalami kejadian sama.

“Baru saja jadi tadi, sekarang iPad tak boleh hidup,” tulis Nightwraith.

Perkongsian itu menerima lebih 335,217 tontonan dalam tempoh beberapa jam serta dihujani pelbagai komen lucu dan andaian menghiburkan daripada pengguna media sosial.

“Bersihkan memori ke?” komen Lokman.

“Ini mesti terlupa keluarkan dari poket,” komen Che Sayang.

“Ini mesti letak iPad dalam bakul baju nak basuh, lepas itu terus tuang ke dalam mesin. Nasiblah,” tulis seorang lagi pengguna. -KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN