fbpx
Keratan artikel Kosmo! Online semalam berhubung penahanan suspek di sebuah kedai makan.

Liwat pelajar: Kolej tak semak rekod jenayah suspek sebelum ambil kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pihak pengurusan sebuah kolej di Glenmarie di sini akan direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes cabul dan liwat membabitkan dua pelajar lelaki berusia 15 tahun yang dipercayai menjadi mangsa seorang kakitangannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, semakan awal mendapati pihak kolej tidak membuat semakan latar belakang suspek sebelum mengambilnya bekerja kira-kira dua tahun lalu.

“Justeru, mereka tidak mengetahui suspek ada rekod lampau kesalahan seksual. Rakaman percakapan pihak pengurusan itu akan diambil bagi siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan pemburuan seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai meliwat dua remaja lelaki berakhir apabila dia ditahan polis sejurus selesai makan di sebuah restoran mamak di daerah ini, kira-kira pukul 12.01 tengah malam.

Siasatan polis mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak dan kini direman selama seminggu sehingga 10 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN