fbpx
Mohamad ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita serta Sayap Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau 2026, di Seremban hari ini.

Tidak timbul kalau BN menang di Johor, Najib bebas – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan dakwaan kononnya kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan membawa kepada pembebasan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tidak berasas kerana kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang kuasa dalam perkara terbabit.

Beliau berkata, kes membabitkan Najib adalah isu di peringkat Persekutuan dan perlu dihormati mengikut lunas Perlembagaan serta undang-undang negara.

“Johor tiada kena-mengena dengan isu itu. PRN Johor adalah mengenai Johor. Kita negara berperlembagaan dan negara hukum. Tidak timbul kalau BN menang di Johor. Kalau beliau diberikan pengampunan, itu terpulang kepada proses dan pihak berkuasa mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita serta Sayap Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau 2026, di Seremban hari ini.

Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa pengundi Johor memahami perkara itu dan tidak mudah terpengaruh dengan naratif yang dimainkan pihak tertentu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad menegaskan BN perlu berani meninggalkan formula lama dalam pembahagian kerusi pilihan raya dengan mempertimbangkan pertukaran kerusi antara parti komponen bagi meningkatkan peluang kemenangan.

Jelasnya, pendekatan berasaskan kerusi tradisi tidak lagi sesuai digunakan sepenuhnya memandangkan komposisi pengundi kini telah banyak berubah dan corak sokongan tidak lagi terikat kepada sesebuah parti dalam gabungan itu.

“Selera orang dah berubah, jadi kita ikut selera orang, jangan ikut selera kita. Bagi apa yang orang nak, bukan apa yang kita nak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN