Saudara Pengarang, Isu membabitkan segelintir warga Rohingya yang tular sejak kebelakangan ini perlu dijadikan titik tolak untuk kerajaan mengkaji semula dasar pengurusan warga asing di negara ini. Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta mencabar kedaulatan undang-undang tidak boleh dipandang ringan. Malaysia sentiasa mengamalkan nilai kemanusiaan terhadap mereka yang memerlukan perlindungan. Namun, setiap warga asing yang berada di negara ini perlu menghormati undang-undang, serta sensitiviti rakyat Malaysia. Persatuan Gabungan Muafakat Prihatin (GMP) menegaskan, tiada mana-mana pihak boleh……














