fbpx
Azam Baki.

RCI isu Azam Baki belum boleh ditubuhkan, tunggu siasatan selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan menegaskan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan pemilikan saham membabitkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ dalam agensi itu tidak boleh ditubuhkan selagi siasatan pihak berkuasa belum dimuktamadkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ketika ini pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi meneliti semua dakwaan untuk mendapatkan fakta yang lengkap dan sahih.

Beliau berkata, proses siasatan perlu diberi ruang untuk dilaksanakan secara bebas, telus dan menyeluruh mengikut lunas undang-undang serta prosedur yang ditetapkan.

“Kerajaan yakin sebarang tindakan susulan hendaklah berpandukan hasil siasatan bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah berasaskan fakta, keadilan dan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai sebab kerajaan tidak menubuhkan RCI berhubung dakwaan pemilikan saham Azam Baki yang didakwa melebihi had dibenarkan kepada penjawat awam serta dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ dalam SPRM.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, penubuhan RCI bukan boleh dilakukan serta-merta kerana ia tertakluk kepada peruntukan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) dan perlu melalui beberapa proses sebelum mendapat kelulusan.

Katanya, proses itu termasuk penyediaan Memorandum Jemaah Menteri oleh kementerian peneraju sebelum dibentangkan untuk pertimbangan Kabinet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN