Gambar hiasan - JANAAN AI

‘Lamanya tunggu, gaji 75 hari bulan ke?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Golongan pekerja kerajaan dan swasta berkongsi rasa ‘perit’ menanti gaji bulan November yang disifatkan seolah-olah lambat tiba, meskipun hanya beberapa hari sahaja lagi bayaran itu akan diterima.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, dia berseloroh sama ada gaji yang akan diterimanya mengambil masa 75 hari lagi sekali gus disifatkan terlalu lama.

“Assalam, bulan ni gaji 75 hari bulan ke? Tunggu buka puasa pun tak lama macam ni,” katanya pada satu hantaran.

Ia mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang berkongsi situasi sama menunggu gaji pada bulan ini.

“Aku duduk bilik sewa, tapi disebabkan gaji 75 hari bulan, aku dah balik rumah mak aku sebab dah takde duit makan,” komen pengguna Threads Ainaelaa berhubung situasi menunggu gaji yang dilaluinya.

“Aku ada buah pinggang nak tolak, tapi sebelah je lah sebab lagi sebelah aku nak guna sementara nak tunggu 75 hari bulan,” kata Nowyoutellme berseloroh.

Seorang pengguna Threads Angeladryyy pula mengajak penjawat awam untuk terus ‘bertabah’ dalam tempoh menunggu gaji beberapa hari lagi.

“Penjawat awam kepada penjawat awam, 48 jam lagi sebelum menuju kejayaan. Bertabahlah,” katanya.

Pengguna Threads Beruang_gondrong turut meninggalkan komen berseloroh berkait wang kertas RM1.

“Waktu begini lah berguna duit RM1 yang terselit mana-mana. Tak bayar pakai MAE (aplikasi Maybank) dah,” katanya.

“Sumpah bulan ni terasa lama, padahal bulan ni terpaling penat,” ujar Fiezah Nurul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN