PETALING JAYA – Penduduk di sekitar Klang dan Setia Alam meluahkan rasa bimbang tentang kualiti udara yang didakwa memgeluarkan bau seperti bahan kimia di daerah itu hari ini.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Eddiedris berkata, pencemaran tersebut didakwa lebih teruk berbanding keadaan jerebu sebelum ini.
“Saya mewakili penduduk Bukit Raja / Setia Alam / Meru, nak buat aduan tentang pencemaran udara yang semakin menjadi-jadi di tempat kami.
“Kalau jerebu punya tahap 200 dia punya IPU (indeks pencemaran udara) dan apa yang menakutkan ialah bau asap tu bau bahan kimia. Adakah perang nuklear sudah bermula?,” soal individu terbabit.

Justeru katanya, dia mahu pihak berkuasa termasuk kerajaan negeri menyiasat perkara itu supaya keadaan itu tidak menjejaskan kualiti hidup penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna turut berkongsi keadaan sama yang dialami mereka yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan.
“Saya tolong sertakan sekali gambar pencemaran udara pukul 7 pagi. Pemandangan Courtyard pun dah tak nampak. Kalah jerebu hari tu,” tulis Proudsewist.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai _Sysyf.
“Pagi tadi bangun pening kepala sebab hirup udara yang tak sihat dari asap kimia,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














