PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki dipercayai warga asing membuang air kecil di khalayak umum mencetus kecaman ramai selepas video itu tular di media sosial pada pagi ini.
Menerusi hantaran yang dikongsi di Threads @its.danishafiq, kejadian tersebut berlaku di eskalator stesen Transit Aliran Massa (MRT) Titiwangsa ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
“Baru nak pergi kerja, ternampak warga asing kencing berdiri dan bersepah dalam MRT Titiwangsa,” tulisnya.
Perkongsian itu menerima lebih 416,387 tontonan dalam tempoh dua jam dan dibanjiri komen netizen yang meluahkan rasa kesal.
“Tandas MRT bersih, pun susah ke? pengotor dan menyusahkan orang,” komen Ashraf Suhaimi.
“Kurang ajar betul. Duduk merata-rata, lepas itu kita pun duduk tempat bekas dia kencing. Kita pula tak tahu, pakai baju untuk solat,” tulis Ayu Yusof.
“Tak sangka ada juga orang macam ini. Patutlah kita pelik kadang-kadang kenapa ada bau hancing,” ujar Ain Teha.
“Tolong laporkan pada staf di MRT itu. Jangan bagi muka dengan orang macam ini,” kata seorang lagi pengguna @myrandomnessht. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














