DALAM dunia hatchback premium, Volkswagen Golf sentiasa mempunyai tempat yang istimewa bukan sekadar model biasa, sebaliknya sebuah ikon yang telah membentuk definisi hatchback moden sejak diperkenalkan pada tahun 1974. Kini, legasi itu diteruskan menerusi pengenalan Volkswagen Golf R-Line 2026, sebuah model yang menggabungkan karakter sporty dengan kepraktisan penggunaan harian. Bagi pasaran Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi melancarkan Volkswagen Golf R-Line pada bulan Februari lalu pada harga RM185,990 atas jalan raya tanpa insurans termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP).……














