PETALING JAYA – Seorang pemandu berkongsi rasa sedih apabila cermin hadapan keretanya tiba-tiba retak selepas dipercayai terkena objek yang melayang ketika memandu.
Menerusi satu hantaran di media sosial, pemilik akaun itu berkata, dia hanya mendengar bunyi dentuman kuat sebelum menyedari cermin hadapan keretanya sudah retak sepenuhnya.
“Aku menangis dalam hujan supaya tak ada siapa yang tahu. Tak tahu nak cakap, bunyi ‘bamm’, kemudian cermin retak seribu” katanya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang turut simpati serta menasihati pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya.
“Hati-hati kaca tak habis tu serpihan halus boleh terbang masuk mata,” tulis @Syafique.
“Hati hati di jalan raya, abang (saiful apek) pernah kena tahan polis sebab bawa kereta cermin pecah,” komen @Fendi.
“Ini yang dinamakan.. makan angin,” komen @Intanul.
Komen pada hantaran itu turut menarik perhatian pelakon dan pelawak, Saiful Apek, kerana insiden berkenaan mengingatkannya dengan salah satu babak lakonannya dalam filem Lady Boss. – KOSMO! ONLINE














