fbpx
Tangkap layar seorang kanak-kanak nyaris dilanggar di bahu jalan menerusi rakaman dashcam.

[VIDEO] ‘Sekelip mata sahaja, boleh bertukar tragedi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak nyaris dilanggar kenderaan selepas dipercayai cuba melintas tanpa pengawasan ibu bapanya dalam kejadian yang dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan.

Menerusi rakaman itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang berada di hadapan sempat menekan brek secara mengejut sebaik menyedari kanak-kanak itu berada di bahu jalan.

Pemandu berkenaan kemudian membunyikan hon beberapa kali sebelum kelihatan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut bergegas menyelamatkan anak mereka.

“Tolonglah eh, jangan sesekali leka terutama bila ada anak kecil. Video ini buat aku sedar, sekelip mata sahaja boleh jadi tragedi. Masih berdebar, nasib sempat brek. Lokasi dirahsiakan. Semoga jadi peringatan buat semua.

“Untuk baby (bayi) itu, maaf kalau aunty (mak cik) hon buat awak terkejut dan menangis. Aunty risaukan awak kat tengah jalan,” katanya.

Perkongsian itu meraih sebanyak 242,376 tontonan dan dibanjiri komen pengguna media sosial yang meluahkan rasa lega apabila kanak-kanak berkenaan selamat.

“Ya Allah, nasib baik dia cepat perasan anak itu berada di situ. Kawasan sini memang kenderaan semua laju, lagi-lagi waktu sesak. Aduh,” komen Sherry.

“Mak ayah dia tak perasan sebab sibuk buat kerja agaknya. Tapi kalau bijak, boleh bergilir tengok anak. Dah tahu kedai depan jalan besar. Bahaya,” tulis seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN