fbpx
Gambar hiasan

‘Suami tak pernah ‘post’ isteri, rupanya kahwin sebab kasihan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Luahan seorang wanita di Facebook yang mendakwa rumah tangganya musnah selepas enam tahun berkahwin mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Wanita itu mendedahkan dia diceraikan pada 11 Jun lalu secara mengejut sehingga hilang arah tuju hidup pada sambutan hari lahir serta ulang tahun perkahwinannya.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa hanya selepas perpisahan itu barulah menyedari suaminya berkahwin dengannya kerana kasihan dan bukannya atas dasar cinta.

Dakwa wanita berusia 35 tahun itu, sepanjang enam tahun bergelar isteri, suaminya sukar mempamerkan dirinya di media sosial, tidak bersikap romantik, enggan berbincang mengenai zuriat, malah turut merahsiakan gaji yang diterima lelaki tersebut.

“Lelaki yang saya beri seluruh kehidupan akhirnya membuang saya ketika saya langsung tidak bersedia. Saya tiada kerja, tiada rumah sendiri, tiada keluarga untuk pulang, tiada kereta sendiri dan tidak boleh memandu,” katanya.

Wanita itu turut mendakwa mereka sempat melancong ke Balkan, Eropah pada Mei lalu, namun tidak menyangka percutian tersebut menjadi perjalanan terakhir sebagai suami isteri.

Dalam perkongsian sama, dia mendakwa telah melakukan pelbagai pengorbanan sepanjang perkahwinan termasuk berhenti kerja, membantu suami membina perniagaan, mengubah penampilan dengan memakai niqab, serta mendalami ilmu agama.

“Setia dengan lelaki dari zaman susah belum tentu menjamin dia tidak akan meninggalkan kita apabila sudah senang,” luahnya.

Wanita itu berkata, dia juga pernah menerima semula suaminya selepas berlaku lafaz taklik yang menyebabkan talak satu jatuh, namun akhirnya diceraikan dengan talak tiga baru-baru ini.

“Doakan saya bangkit kembali. Doakan saya mudah melupakan semua kenangan dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN