fbpx
ANGGOTA bomba memadam kebakaran selepas sebuah kereta yang membawa bom diletupkan di hadapan Balai Polis Tanyong kelmarin. - ISOC

Balai polis Narathiwat bergegar letupan bom kereta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Satu serangan bom menggunakan kereta yang diletakkan bahan letupan menggegarkan sebuah balai polis di wilayah Narathiwat, Selatan Thailand, lapor laman berita Thaiger. 

Letupan berlaku sekitar pukul 7.20 malam (waktu tempatan) di luar Balai Polis Tanyong kelmarin, namun tiada kecederaan atau kematian dilaporkan. 

Seorang Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, siasatan awal mendapati seorang individu menolak sebuah kereta yang diletakkan bahan  letupan buatan sendiri (IED) berhampiran pintu masuk balai polis. 

“Selepas melarikan diri dengan menaiki motosikal yang ditunggang individu lain, kereta itu meletup dan terbakar. 

“Letupan kuat menyebabkan sebuah trak pikap rosak, manakala sebahagian tembok balai polis runtuh,” kata jurucakap ISOC 4. 

Pihak berkuasa dan Unit Pelupusan Bom (EOD) mengepung lokasi bagi menilai kerosakan, mengumpul bukti serta mengesan individu yang bertanggungjawab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN