fbpx
KEADAAN kereta dinaiki lima individu yang terbabas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) selepas Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa, Gerik hari ini.

Seorang maut, empat cedera dalam nahas di JRTB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Seorang lelaki warga emas maut manakala empat yang lain cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) selepas Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada pukul 5.14 petang.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli digerakkan terlebih dahulu kerana lokasinya lebih hampir ke tempat kejadian sementara BBP Gerik dalam perjalanan.

“Setibanya anggota di lokasi, tiga mangsa iaitu seorang wanita berusia 38 tahun dan dua kanak-kanak masing-masing berusia 12 dan sembilan tahun telah dibawa ambulans ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan.

“Dua lagi mangsa lelaki berusia 63 dan 42 tahun pula berada di luar kenderaan dengan seorang daripadanya tidak sedarkan diri, manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan pada jari,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pegawai perubatan yang berada di lokasi kemudian mengesahkan lelaki berusia 63 tahun itu telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera ringan turut diserahkan kepada pihak polis selepas diberikan rawatan awal

“Operasi yang melibatkan 17 anggota daripada BBP Gerik dan BBP Jeli itu berjaya dikawal pada pukul 6.35 petang dan tamat sepenuhnya sembilan minit kemudian,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN