fbpx
Anwar beramah mesra bersama orang ramai selepas menyampaikan ucaptama Persidangan GBA-ASEAN mengenai Peralihan dan Integrasi Tenaga di Petaling Jaya, hari ini.

ASEAN perlu perkukuh kerjasama tenaga hijau dengan China – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara ASEAN memperkukuh kerjasama dalam pembangunan tenaga bersih termasuk bersama China bagi mempercepat usaha peralihan tenaga di rantau ini.

Beliau berkata, China kini muncul sebagai peneraju tenaga bersih dunia, manakala ASEAN mempunyai peluang besar memanfaatkan kerjasama tersebut melalui mekanisme seperti ASEAN Power Grid.

Menurutnya, jaringan bekalan elektrik rentas sempadan mampu memperkukuh keselamatan tenaga serantau selain menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.

“Dengan menggabungkan inovasi teknologi Greater Bay Area (GBA), kita mampu mempercepat penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan membina sistem tenaga moden merentasi sempadan.

“Kerjasama lebih mendalam dengan China dan negara-negara rakan perlu diteruskan menerusi mekanisme diterajui ASEAN seperti ASEAN Power Grid,” katanya ketika berucap pada Persidangan GBA-ASEAN mengenai Peralihan dan Integrasi Tenaga di Sunway Resort Hotel, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan bahawa kemajuan teknologi dan transformasi tenaga tidak boleh mengabaikan golongan miskin serta masyarakat terpinggir.

“Teras etika mesti menjadi panduan. Peralihan yang canggih dari segi teknologi tetapi meminggirkan rakyat bukanlah satu peralihan, sebaliknya satu bentuk ketidakadilan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN