fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat di Selangor, KL hingga 7 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang).

Keadaan sama turut berlaku di Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (elebu dan Jempol) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Di Sarawak, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang.

Di Sabah pula, cuaca buruk dijangka turut melanda Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN