fbpx
Gambar tular dimuat naik pengguna di media sosial memaparkan keadaan kawasan penyimpanan kenderaan di Subang dilanda banjir kilat.

Puluhan kereta baharu ‘berendam’ banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Puluhan kereta baharu ‘berendam’ selepas sebuah kawasan penyimpanan kenderaan di Subang dilanda banjir susulan hujan lebat, petang tadi.

Kejadian itu tular menerusi beberapa keping gambar di media sosial yang memaparkan deretan kenderaan baharu berada dalam kawasan yang dinaiki air.

Berdasarkan gambar dikongsikan pengguna Threads @zarrinloqman air berwarna keruh dilihat memenuhi hampir keseluruhan kawasan berkenaan dengan paras air mencecah sehingga bahagian pintu beberapa kenderaan.

Perkongsian itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata terkejut melihat keadaan deretan kereta baharu berkenaan.

“Allahhuakbar… Berendam dah semua tu,” kata @misslovelytulip.

“Kereta bebas banjir.. kesian pemilik-pemilik,” komen @zarrinloqman.

“Banjir unit promosi hujung tahun,” seloroh @farithjoharay.

Setakat ini, belum dapat dipastikan jumlah sebenar kenderaan yang terjejas serta tahap kerosakan dialami akibat kejadian tersebut.

Hujan lebat petang ini turut menyebabkan beberapa lokasi sekitar Subang dan kawasan lain di Lembah Klang dilanda banjir kilat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN