fbpx
Gambar hiasan

Projek ECRL: Promosi Kelantan sebagai ‘Negeri Serambi Budaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Promosi Kelantan sebagai ‘Negeri Serambi Budaya’ terus dipergiat menerusi pelbagai program pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa, khususnya menjelang pengoperasian projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Chiew Choon Man berkata, pihaknya melalui Tourism Malaysia sedia memanfaatkan kemudahan infrastruktur utama seperti ECRL dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) sebagai pemangkin kemudahsampaian pelancong ke Kelantan.

Menurut beliau, kemudahan berkenaan dijangka merangsang pertumbuhan sektor pelancongan, selain mewujudkan peluang pekerjaan serta memperkukuh ekonomi komuniti setempat.

“Kerjasama strategik bersama kerajaan negeri, agensi pelancongan, pengusaha produk dan masyarakat setempat akan diperkukuh.

“Ia membantu membangunkan pakej pelancongan bersepadu yang menghubungkan stesen utama ECRL seperti Stesen Kota Bharu dan Stesen Pasir Putih dengan destinasi tarikan tempatan,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff berhubung perancangan kementerian memanfaatkan projek infrastruktur utama seperti ECRL dan LTU bagi meningkatkan jumlah pelancong ke Kelantan serta mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada penduduk setempat.

Antara destinasi yang bakal diketengahkan termasuk Bandar Kota Bharu, Jeram Pasu dan Lata Jeram Linang menerusi pembangunan pakej pelancongan baharu yang lebih tersusun.

Menurut Choon Man, Motac turut memperkasakan produk pelancongan bertema seperti Pelancongan Warisan Sejarah dan Kebudayaan menerusi inisiatif Jejak Warisan dan Jejak Adiguru bagi mengetengahkan identiti unik serta produk kraf komuniti tempatan.

“Pakej-pakej baharu ini boleh direka khusus untuk menghubungkan terus stesen-stesen ECRL utama, seperti Stesen Kota Baru dan Pasir Putih, dengan destinasi tarikan popular tempatan termasuk Bandar Kota Bharu, Jeram Pasu, dan Lata Jeram Linang.

“Motac juga mengalu-alukan kerjasama padu dan cadangan projek ECRL dan LTU kelak akan memanfaatkan semua pihak dalam memartabatkan industri pelancongan di Kelantan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN