fbpx
Gambar hiasan.

Kawasan utara, selatan berdepan cuaca buruk petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kedah (Langkawi, Yan, Pendang, Kual Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis,
Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor), Negeri Sembilan Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka dan Johor (Tangkak, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia menjangkakan beberapa kawasan di Sarawak, antaranya Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Selangau), Mukah dan Limbang bakal dilanda hujan lebat.

“Di Sabah pula, cuaca buruk dijangka turut melanda Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN