fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat di Pantai Timur, Utara hingga 8 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kedah (Langkawi, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Kelantan (Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu dan Pahang Uerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang.

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod) dan Kudat.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN