fbpx
Gambar hiasan.

Langit membiru, kualiti udara negara baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara berada pada tahap baik dan sederhana hari ini apabila tiada stesen merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 43 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dengan Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 79.

Kawasan lain di Selangor yang mencatatkan IPU sederhana ialah Klang dengan bacaan 77, Shah Alam (72), Banting (64), Petaling Jaya (62) dan Kuala Selangor (55).

Di Negeri Sembilan, kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Nilai (71), Seremban (57) dan Port Dickson (56) manakala di Perak kawasan yang terjejas ialah Seri Manjung (69), Tasek Ipoh (67), Taiping (54), Tanjung Malim (54) dan Pegoh Ipoh (56).

Di Johor, sebanyak tujuh kawasan mencatatkan IPU sederhana iaitu Pasir Gudang (71), Larkin (70), Kota Tinggi (62), Kluang (61), Batu Pahat (55), Pengerang (55) dan Segamat (55).

Bagi Kuala Lumpur, dua kawasan mencatatkan bacaan sederhana, iaitu Batu Muda (68) dan Cheras (62), manakala Putrajaya merekodkan bacaan 65.

Sementara itu, bacaan IPU sederhana di Pulau Pinang direkodkan di Seberang Perai (64), Seberang Jaya (53) dan Minden (52), manakala di Kelantan melibatkan Kota Bharu (60).

Di Pahang, tiga stesen merekodkan bacaan sederhana, iaitu Rompin (59) serta Balok Baru (62) dan Indera Mahkota (53) dengan kedua-duanya di Kuantan.

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan sederhana ialah Tawau (60), Sandakan (56) dan Politeknik Kota Kinabalu (56) di Sabah; Bukit Rambai (59), Bandaraya Melaka (57) dan Alor Gajah (56) di Melaka; Kuala Terengganu (59) dan Besut (55) di Terengganu; serta Samalaju (59) dan Bintulu (53) di Sarawak.

IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN