fbpx
Antara pemilik jentera yang memohon supaya kuota diesel dipermudahkan bagi proses penuaian padi di empat kawasan di Sabak Bernam. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KPDN jumpa pesawah isu kuota diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Satu sesi libat urus dan Hari Bertemu Pelanggan akan diadakan dalam masa terdekat bersama pesawah dan petani daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam dalam mendapat perkhidmatan secara langsung untuk permohonan permit khas bekalan diesel.

Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor berkata, permit khas tersebut dikeluarkan Pengawal Bekalan atau Timbalan Pengawal Bekalan di bawah kategori pertanian dan penternakan untuk membeli petrol dan diesel di mana-mana stesen minyak yang dipilih.

Menurutnya, inisiatif itu bertujuan membantu golongan pesawah dan petani mendapatkan bekalan bahan api secara berterusan.

“Menerusi kategori tersebut, pesawah atau petani yang layak boleh memohon permit khas bagi membeli bahan api selain tangki asal kenderaan untuk kegunaan menggerakkan jentera, perkakas atau peralatan pertanian serta aktiviti berkaitan.

“Bagaimanapun, pembelian bahan api itu tidak boleh digunakan bagi tujuan jualan semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, jumlah had kuantiti kelayakan yang diberikan adalah tidak melebihi 200 liter sehari bagi setiap pembelian.

“Bagi pemohon kategori pertanian dan penternakan yang berhasrat memohon permit khas melebihi 200 liter sehari juga
boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya.

Tambah KPDN, tempoh proses pengeluaran permit tersebut bagi permohonan baharu adalah selama lima hari bekerja bermula daripada tarikh permohonan disahkan lengkap.

“Tempoh sah Permit Khas pula adalah tidak melebihi 12 bulan dari tarikh permit dikeluarkan,” katanya.

Permohonan boleh dibuat menerusi portal rasmi Sistem Permit Barang Kawalan di laman sesawang
https://spb.kpdn.gov.my/login.

Kosmo! semalam melaporkan krisis bekalan diesel bagi jentera menuai padi kini dilihat mengancam keterjaminan makanan di Selangor apabila kira-kira 42,000 tan pengeluaran padi di empat kawasan utama sekitar Sabak Bernam berisiko terjejas sekiranya masalah itu berlarutan.

Ini susulan kuota diesel sebanyak 20 liter yang dibenarkan menjejaskan kerja menuai di lapangan berbanding keperluan sebenar operasi menuai mencecah 200 liter sehari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN