ALOR SETAR – Orang muda lebih cenderung memilih pekerjaan tetap berbanding mewarisi sawah yang diusahakan ibu bapa mereka kerana bidang itu dianggap tidak mampu menjamin pendapatan stabil. Situasi itu menjadi punca utama sektor penanaman padi kini seolah-olah ‘tenat’ tanpa pewaris muda apabila kurang lima peratus daripada 200,000 pengusaha sawah di negara ini berusia antara 15 hingga 30 tahun. Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) A4 Kuala Kedah, Mansor Hussein, 70, berkata, kebanyakan pesawah sedia ada kini sudah berusia dan……














