fbpx
GAMBAR HIASAN

Harga runcit diesel turun 30 sen, RON95 turun 15 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 14 Mei hingga 20 Mei dilaporkan turun 30 sen dengan ditawarkan pada RM4.87 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, sementara itu, harga RON97 tanpa subsidi pula turun 20 sen iaitu dijual pada kadar RM4.70 seliter berbanding RM4.90.

Sementara itu, harga runcit RON95 juga turun sebanyak 15sen iaitu ditawarkan pada kadar RM3.87 seliter berbanding RM4.02.

“Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit diesel di Semenanjung serta harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi dan RON97 diturunkan berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa.

“Namun begitu, harga bahan api kekal jauh lebih tinggi berbanding paras sebelum konflik di Asia Barat.

“Harga minyak mentah masih mencecah sekitar AS$100 setong, berbanding sekitar AS$60 hingga AS$70 setong sebelum konflik,” katanya hari ini.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit bahan api turut dipengaruhi oleh lonjakan kos logistik dan insurans akibat peningkatan risiko di zon konflik.

“Risiko gangguan laluan di Selat Hormuz juga terus memberi tekanan kepada bekalan minyak global, sekali gus mempengaruhi harga
pasaran.

“Dalam keadaan pasaran global yang masih tidak menentu, kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memanjangkan bekalan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN