fbpx
Nor Azura menguruskan suaminya, Muhamad Arif yang terlantar selepas terlibat dalam kemalangan ketika ditemui di rumah pasangan itu di Taman Marikh, Jempol baru-baru ini. – NOR AINNA HAMZAH

Bubur kosong juadah ketika terlantar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang wanita buntu apabila suaminya, Muhamad Arif Ab Bakar, 44, yang menjadi tempat bergantung kini terlantar selepas terbabit kemalangan de­ngan lori sawit di Batu Kikir, di sini pada Syawal kelima lalu.

Nor Azura Ariffin, 42, berkata, dia tidak pernah membayangkan akan berdepan ujian tersebut lebih-lebih lagi mereka memiliki empat anak berusia tujuh hingga 15 tahun yang masih bersekolah.

Ketika ini enam beranak tersebut bergantung dengan pendapatan tuntutan faedah cuti sakit daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selain wang simpanan yang semakin menyusut.

“Sebelum ini suami bekerja di ladang, manakala saya pula berniaga air balang, takoyaki dan corn dog di pasar malam setiap Selasa hingga Jumaat. Jadi, pendapatan yang kami peroleh mencukupi untuk membayar ansuran rumah sebanyak RM2,000 dan keperluan sekolah anak-anak.

“Sekarang saya tidak dapat berniaga kerana perlu menguruskan suami yang patah kaki, ta­ngan kanan dan kedua-dua belah rahang,” katanya ketika ditemui di Taman Marikh di sini baru-baru ini.

Nor Azura berkata, disebabkan kejadian itu, suaminya tidak dapat bekerja buat sementara waktu sedangkan dia memerlukan wang untuk membayar ansuran rumah, kos rawatan perubatan, perbelanjaan harian dan 0keperluan anak-anak.

“Jika diikutkan suami perlu meminum susu khas untuk tulang, namun harganya agak mahal. Jadi saya beri dia susu tepung jenama lain dan bubur kosong,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Arif berkata, dia dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selama 16 hari dan menjalani tiga kali pembedahan bagi memasukkan besi di dalam kaki. Orang ramai yang bersimpati dengan keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 164061841627 atas nama Nor Azura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN