fbpx
Zainudin ketika meninjau tangkapan sempena Operasi Perdana Bilangan 3 Tahun 2026 di AADK Seremban, malam tadi.

Suami isteri positif syabu, ketum ditahan depan dua anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun antara 195 individu yang disahkan positif dadah dalam Operasi Perdana Bilangan 3 Tahun 2026 Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di empat daerah di Negeri Sembilan, bermula 29 Jun hingga 1 Julai lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Zainudin Abdullah berkata, remaja lelaki yang masih bersekolah itu ditahan di sebuah rumah di Seremban bersama abangnya yang turut didapati positif dadah jenis ketum.

Malah menurut beliau, dalam operasi yang sama juga, empat warga asing turut ditahan dan diserahkan kepada pihak polis kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Antara yang ditahan ialah seorang lelaki Rohingya berusia lingkungan 30-an yang bekerja di kedai makan. Dia ditahan di tepi jalan di Seremban selepas dikesan memiliki dadah jenis morfin seberat 2.62 gram.

“Kebiasaannya bagi dadah jenis ini digunakan 0.5 gram untuk kegunaan sendiri, jadi dengan jumlah dimiliki itu boleh dibekalkan kepada hampir enam orang,” katanya ketika ditemui sempena operasi berkenaan di AADK Seremban, di sini, malam semalam.

Malah menurutnya, pihaknya juga telah menangkap pasangan suami isteri berusia 45 dan 44 tahun yang positif dadah jenis Methamphetamin dan ketum.

“Ketika serbuan dibuat terdapat dua anak berusia 10 tahun dan empat tahun, serta keadaan rumah tiada bekalan elektrik. Anak-anak ini telah dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN