Ustaz Azhar Idrus

[VIDEO] Suami jangan paksa isteri jaga mentua sakit- UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suami tidak boleh sewenang-wenangnya memaksa isteri menjaga ibu bapanya yang uzur kerana tanggungjawab tersebut bukan kewajipan seorang isteri terhadap mentua.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, tanggungjawab menjaga ibu bapa yang memerlukan bantuan terletak pada anak-anak mereka, khususnya anak lelaki yang sudah berkahwin.

Menurut beliau, isteri membantu menjaga mentua merupakan satu perbuatan sunat yang boleh memberikan pahala, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk suami memaksa mereka melaksanakan tugas berkenaan.

Katanya, masih ramai suami yang salah faham sehingga menganggap isteri wajib menguruskan keperluan ibu bapa mereka termasuk memandikan mentua yang uzur.

“Ramai suami salah faham. Dia rasa dia boleh paksa bini dia untuk mandikan mak dia. Tak, kerja mu (suami) tu. Kerja isteri, layan kamu (suami) A sampai Z, bukan layan mak kita.

“Sunat sahaja isteri kita tolong bantu. Boleh pahala,” katanya menerui satu sesi ceramah sebelum ini.

Beliau turut menjelaskan, bahawa sekiranya anak perempuan belum berkahwin bertanggungjawa menjaga ibu bapa yang uzur.

“Tapi kalau anak-anak belum kahwin, yang perempuan, dia kena jaga,”katanya.

Bagaimanapun kata Azhar, sekiranya kedua-dua mereka sudah berkahwin, tanggungjawab sebenar menjaga ibu bapa yang uzur adalah terletak dibahu anak-anak lelaki.

“Anak laki-laki dah kahwin, anak perempuan dah kahwin. Anak laki-laki dah ada bini, anak perempuan dah ada suami. Mak pula sakit di rumah, siapa kena jaga? Anak laki-laki. Faham?,”tegasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN