PASIR PUTEH – Sepasang suami isteri buntu untuk mencari sumber kewangan bagi perbelanjaan bayi sindrom Down yang baru berusia 10 bulan menderita masalah usus apabila tidak dapat membuang air besar secara normal sejak lahir. Ibunya, Nur Afifah Mat Yeh, 25, berkata, anaknya, Muhamad Arrash Affan Muhamad Shahmin Aiman terpaksa membuang air besar melalui perut selepas menjalani pembedahan usus bulan lalu. Katanya, dia memerlukan kos sebanyak RM3,000 sebulan untuk perbelanjaan anaknya termasuk peralatan perubatan, lampin pakai buang dan perbelanjaan pengangkutan ke…














