fbpx
Suspek yang ditahan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Nilai kerana larikan kenderaan hilang. FOTO /IHSAN PDRM

Toyota Camry hilang di Klang, jumpa di Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI — Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan dan merampas sebuah kereta dipercayai kenderaan curi dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan kehilangan dibuat di Klang, Selangor, pada 4 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, suspek berusia 30 tahun ditahan kira-kira pukul 10 malam ketika anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Nilai menjalankan operasi ‘snapcheck’ di Jalan Mutiara, Nilai.

Menurutnya, pasukan polis menahan sebuah Toyota Camry yang dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.

“Hasil semakan mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang dan berkait dengan laporan polis di Klang Selatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu kemudian ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor.

Johari berkata, pemeriksaan fizikal terhadap suspek dan kenderaan tidak menemui sebarang barang salah lain.

Beliau turut memaklumkan kejayaan itu hasil tindakan pantas anggota MPV dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) BPJKK Nilai dalam mengesan kenderaan berkenaan kurang 24 jam selepas kejadian dilaporkan.

Kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah D9 IPD Klang Selatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN