Gambar kemalangan yang dikongsikan pengguna Tnreads.

Lori hilang kawalan, trafik MRR2 sesak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah lori dilaporkan terbabas selepas dipercayai hilang kawalan dalam kejadian di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Zoo Negara, hari ini.

Kejadian yang berlaku pada waktu pagi itu menyebabkan kesesakan trafik dilaporkan berlaku di laluan menghala ke Ampang.

Menerusi perkongsian akaun Threads @asalgombak, lori berkenaan dilihat terbabas di lokasi kejadian dan melanggar penghadang tengah jalan.

Bagaimanapun, keadaan pemandu lori itu belum dapat dipastikan selepas seorang pengguna media sosial mendakwa lelaki berkenaan dipercayai tersepit di dalam kenderaan tersebut.

“Baru lalu tadi, nampak lori tu, driver (pemandu) macam tersepit dalam tu,” kata pengguna Threads @ajatrahman_.

Seorang lagi pengguna @rajazazlan turut memaklumkan berlaku kemalangan lori di MRR2 berhadapan Zoo Negara sehingga menyebabkan kesesakan trafik dari Taman Melati menghala ke Ampang.

Sementara itu, pengguna lain @syahirsharif turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di kawasan berkenaan.

“Memang jam teruk sekarang, kalau korang nak lalu kawasan ni better (lebih baik) cari jalan alternatif dulu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN