PETALING JAYA – Sektor tanaman padi negara kini berdepan krisis pelapis apabila golongan muda berusia 15 hingga 30 tahun yang terlibat sebagai pesawah dianggarkan tidak sampai lima peratus daripada keseluruhan pengusaha sawah di negara ini. Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSawah), Abdul Rashid Yob berkata, situasi itu menunjukkan sektor persawahan sedang mengalami penuaan yang serius selain kekurangan generasi muda untuk meneruskan industri tersebut pada masa depan. Menurut beliau, majoriti pengusaha sawah ketika ini terdiri daripada golongan berusia 50 tahun ke…














