ALOR SETAR – Seorang pemuda tidak menyangka tabiatnya yang suka membuang puntung rokok akhirnya memakan diri apabila dia ditahan dan diheret ke mahkamah sebelum didenda serta dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM). Lelaki dikenali Amzar, 20, berkata, selama ini dia menganggap puntung rokok hanya sampah kecil, namun sangkaannya meleset apabila ditahan dalam satu operasi pada 27 Januari lalu. “Memang saya buang puntung rokok dekat kawasan parkir kereta di Simpang Kuala di sini pada Januari lalu. Waktu itu tong sampah ada, tetapi……














