fbpx
SLYLINE HYFLY di Gamuda Luge Gardens, Rawang, Selangor dikatakan zipline pertama seumpamanya di Asia.

Berpusing di udara, Skyline Hyfly tarikan terkini Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DI sebalik tumpuan terhadap destinasi pantai dan bandar raya yang sering menjadi pilihan pelancong saat bercuti, Skyline Luge muncul sebagai tarikan adrenalin yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pencari pengalaman baharu.

Dengan gabungan trek menuruni bukit, kenderaan luge mudah dikendalikan. Suasana sekeliling yang menghijau pula menawarkan percutian singkat yang lari daripada kebiasaan, penuh dengan elemen cabaran yang mengujakan.

Terletak di Gamuda Luge Gardens, Rawang, Selangor, Skyline Luge merupakan tarikan pertama seumpamanya di Malaysia yang dilancarkan Disember 2023.

Tarikan berasal dari New Zealand itu juga merupakan yang kedua di Asia Tenggara selepas Singapura dan kelapan di dunia.

Luge merupakan kenderaan yang menggabungkan elemen go-karting dan toboggan untuk meluncur menuruni bukit.

SEORANG pengunjung (kanan) teruja untuk mencuba Skyline Hyfly.

Skyline Luge menampilkan trek sepanjang 1.6 kilometer (km) yang dibahagikan kepada empat laluan iaitu Legend, Ultra, Gravity dan Express.

Trek di Malaysia juga menampilkan terowong terpanjang yang bina untuk tarikan sebegini.

Kelebihan itu juga merupakan keistimewaan trek di Malaysia berbanding di Singapura, Kanada, Korea Selatan dan New Zealand.

Baru-baru ini juga, destinasi tarikan pelancong itu telah memperkenalkan Skyline Hyfly yang merupakan zipline pertama seumpamanya di Asia.

Menariknya, ia bukan zipline biasa berbentuk garisan lurus, sebaliknya pengunjung boleh merasai garisan berpusar peralihan dari kabel ke rel sepanjang 380 meter, sekali gus membolehkan mereka berpusing di udara. Pengunjung bahkan boleh menyudahkan aksi dengan memilih untuk terjun bebas setinggi 15 meter, atau turun dengan lebih santai melalui laluan tangga.

SELAIN Skyline Hyfly, aktiviti luge juga menjadi pilihan ramai di taman rekreasi tersebut.

Bersempena sambutan ulang tahun kedua tarikan pelancongan popular itu, Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur, Logan Barnes memberitahu mereka bersyukur atas sokongan yang telah diberikan pengunjung.

“Ketika kami meraikan ulang tahun kedua di Malaysia, kami amat bersyukur atas sokongan para pengunjung yang telah menjadikan Skyline Luge Kuala Lumpur sebahagian daripada pengembaraan mereka.

“Sejak dibuka pada tahun 2023, menjadi kegembiraan kami untuk menyambut keluarga, rakan-rakan dan pemburu sensasi dari seluruh dunia untuk mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama kami.

“Pencapaian ini juga menandakan babak baharu yang menarik bagi kami dengan pelancaran Skyline Hyfly, yang mencerminkan komitmen berterusan kami untuk membawa pengalaman bertaraf dunia ke Malaysia,” katanya.

Sepanjang bulan ulang tahun pada Disember 2025, nikmati persembahan busker secara langsung pada setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 5 petang hingga 9 malam.

Terdapat juga zon bergambar, kawasan bercahaya LED serta dekorasi istimewa di seluruh taman bagi merakam kenangan indah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN