fbpx

Suami isteri melecur rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri parah melecur dalam kebakaran melibatkan lima blok rumah pekerja di Jalan Penampang Baru, Penampang tengah hari semalam. -Foto JBPM

PENAMPANG – Sepasang suami isteri parah melecur dalam kebakaran melibatkan lima blok rumah pekerja di Jalan Penampang Baru tengah hari semalam.

Mangsa lelaki berusia 63 tahun manakala isterinya berumur 59 tahun melecur seluruh badan.

Dalam kejadian sekitar pukul 1 tengah hari itu, setiap blok yang menempatkan 38 pintu terbabit dilaporkan musnah terbakar lebih 90 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 1.10 petang.

“Seramai 17 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikerah ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati kebakaran melibatkan lima blok rumah pekerja jenis tidak kekal dengan setiap blok mempunyai 38 pintu yang terbakar hampir 90 peratus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI