fbpx
PEMAIN negara, Tang Jie yang bergandingan bersama Clarissa San tewas dalam pertarungan tiga set. kepada beregu China.

Lima wakil negara gagal ke suku akhir Terbuka China 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Harapan peminat badminton negara untuk melihat lima wakil Malaysia melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China tidak berhasil apabila kesemua mereka tewas kepada lawan masing-masing pada pusingan kedua di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, hari ini.

Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie antara yang tersingkir selepas tunduk kepada pilihan kelima tuan rumah, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui 21-23, 15-21 dalam masa 43 minit.

Nasib sama menimpa perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao apabila pemain ranking No. 23 dunia itu tewas kepada pemain China, Weng Hong Yang 20-22, 21-11, 18-21 dalam pertarungan yang berlarutan selama 70 minit.

Turut mengakhiri cabaran ialah beregu campuran baharu negara, Chen Tang Jie-Clarissa Tan yang tewas kepada pasangan No. 2 dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada pusingan kedua.

Gandingan yang baru digandingkan bermula pada Terbuka Jepun minggu lalu itu memberikan tentangan sengit apabila memenangi set pertama, namun gagal mengekalkan momentum terbaik sebelum akur tunduk 21-11, 14-21, 19-21 dalam tempoh 54 minit.

Tang Jie mengakui mereka sudah mengerah segala kemampuan, namun hilang fokus pada saat-saat penting sehingga memberi ruang kepada lawannya itu mencipta kebangkitan.

“Kami sudah memberikan yang terbaik, tetapi selepas mata ke-11 kami mula gagal fokus tiga pukulan pertama. Itu menjadi punca kami tidak dapat menamatkan perlawanan dengan kemenangan. Selepas ini, kami perlu meningkatkan latihan kami semula,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Turut tersingkir ialah beregu lelaki baharu negara, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik selepas gagal menandingi pasangan Jepun, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi apabila tewas straight set 16-21, 17-21 dalam tempoh 31 minit.

Sementara itu, harapan untuk melihat beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta kemenangan turut berkecai apabila pasangan No. 6 dunia itu turut ditunjukkan jalan keluar selepas tewas kepada wakil Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard 19-21, 21-12, 19-21 dalam pertarungan selama 56 minit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN