fbpx
MAYAT mangsa yang maut dalam kejadian kebakaran rumah di Taman Sri Mahkota Jaya di Kuantan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Lelaki OKU maut terperangkap dalam rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas terperangkap di dalam rumah yang terbakar di Taman Sri Mahkota Jaya di sini hari ini.

Mangsa G.Vilthaliggam,68, yang kehilangan kedua belah kaki akibat komplikasi penyakit diabetes dipercayai meninggal dunia di ruang tamu rumah akibat lemas dalam kepulan asap tebal.

Adik mangsa G. Lomba,64, berkata semasa kejadian abangnya tinggal seorang diri kerana dia pergi mendapatkan rawatan susulan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

“Sebelum pergi saya lihat dia sihat dan bangun mandi sendiri dengan bertongkat sebelum menonton televisyen di ruang tamu rumah. Saya terkejut apabila jiran menelefon memberitahu rumah terbakar dan tidak sangka kejadian ini (kematian mangsa) berlaku,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu seorang saksi, Mohamad Azrizan Yusup, 36, yang juga merupakan Ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) berkata. dia hanya nampak kepulan asap dari atas rumah semasa melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Katanya, dia tidak menyangka ada mangsa berada di dalam rumah dan hanya menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan kejadian kebakaran.

“Saya tidak mendengar jeritan atau apa-apa bunyi letupan, kalau saya tahu ada orang mungkin saya akan cuba tolong buka pintu dan sebagainya,”katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 9.31 pagi tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan kawasan ruang tamu rumah.

“Pasukan memulakan operasi dengan memecahkan pintu bagi membuat pemadaman dan pasukan Bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula air tangki pam jentera bomba bagi memadamkan kebakaran di ruang tamu. Mangsa dijumpai di ruang tamu dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang hadir di lokasi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN