fbpx
Barath telah ditemui dalam keadaan selamat, semalam.

Tidak puas hati diletakkan di pusat NGO punca remaja lari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Gara-gara tidak berpuas hati terhadap tindakan ibunya meletakkannya di rumah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi punca seorang remaja lelaki bertindak melarikan diri dari rumah, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, remaja berusia 14 tahun itu bagaimanapun telah ditemui dalam keadaan selamat, semalam.

“Remaja lelaki dikenali sebagai N. Barath itu telah pulang ke pangkuan keluarga. Mangsa dipercayai tidak puas hati dengan ibu kerana meletakkannya di rumah NGO yang menjaga anak yatim dan budak bermasalah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki dikenali sebagai N. Barath dilaporkan hilang selepas dilihat keluar dari rumah untuk membawa anjing peliharaan bersiar-siar kira-kira pukul 7 malam pada 5 Julai lalu.

Bagaimanapun, mangsa didapati tidak pulang, manakala anjing peliharaannya ditemui diikat pada sebatang pokok di tepi jalan berhampiran rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN