fbpx
Keadaan kemalangan di Jalan Batang Benar berhampiran Persimpangan Kuari Bertam, pada pagi tadi.

Mekanik maut selepas motosikal dipercayai langgar kenderaan tidak dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai melanggar sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti dalam kemalangan di Jalan Batang Benar berhampiran Persimpangan Kuari Bertam, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, mangsa, M. Kapilan 28, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha NVX sedang dalam perjalanan dari arah Semarak menghala ke Sri Pajam melalui Jalan Batang Benar.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang sedang bergerak di lorongnya dipercayai telah melanggar sebuah kenderaan yang sehingga kini masih belum dikenal pasti.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Beliau berkata, siasatan mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus dua hala dengan satu lorong bagi setiap arah, manakala keadaan cuaca ketika kejadian adalah baik dan permukaan jalan kering. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN