fbpx
Keadaan sebuah rumah yang terbakar selepas dipanah petir di Kampung Manal Jaya, Tanah Merah semalam. FOTO IHSAN BOMBA

Rumah terbakar disambar petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Sebuah rumah terbakar selepas bahagian pendingin hawa yang berada di luar kediaman tersebut dipanah petir dalam kejadian hujan lebat di Kampung Manal Jaya di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang selepas jiran kepada pemilik rumah itu, Siti Maziatul Atikah Aladden, 29, melihat cahaya api menyala pada tiang rumahnya selepas menunai solat asar.

Siti Maziatul berkata, dia mendapati pendingin hawa di rumah jirannya sedang terbakar sebelum api merebak membakar keseluruhan kediaman berkenaan.

“Saya terus bergegas membawa anak dan mengambil barang-barang penting sebelum keluar dari rumah. Saya terus menghubungi bomba dan mendapati api sudah merebak ke bahagian tiang garaj rumah saya.

“Penghuni kediaman tersebut tiada semasa kejadian kerana berada di rumah anaknya di Kampung Belimbing di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Siti Maziatul memberitahu, jirannya itu pulang ke rumah selepas dihubungi dan mendapati keseluruhan rumah sudah terbakar sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Yusmi Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.38 petang dan operasi pemadaman kebakaran tamat sepenuhnya kira-kira pukul 9.20 malam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN