fbpx
Anggota bomba ketika operasi memadamkan kebakaran di sebuah kediaman di Bayan Lepas, awal pagi tadi.

Lima beranak cemas rumah terbakar dini hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Lima beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran, awal pagi tadi.

Penghuni terbabit terdiri pasangan suami isteri berusia 67 dan 61 tahun, dua anak termasuk menantu serta cucu lelaki berusia 15 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 2.18 pagi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kebakaran.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dengan bantuan BBP Seri Balik Pulau.

“Kebakaran melibatkan sebuah unit rumah separa kekal (kelas B) dua tingkat dengan peratusan kemusnahan kebakaran dianggarkan sebanyak 90 peratus.

“Kebakaran telah dapat dikawal pada pukul 2.47 pagi tadi.Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, operasi memadamkan kebakaran turut melibatkan Pasukan Bomba sukarela (PBS) berhampiran.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan pada pukul 3.30 pagi dan kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN