fbpx
DUA mangsa mengalami kecederaan selepas rumah flat yang didiami mereka terbakar dalam kejadian di Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor Bahru malam semalam.

Tiga sekeluarga cedera rumah terbakar akibat kebocoran gas LPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas rumah flat yang didiami mereka di Taman Air Biru di sini terbakar malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.26 malam itu, mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 30 tahun, wanita berusia 28 tahun serta anak perempuan mereka berusia empat tahun.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.26 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang digerakkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, PBK I Faisal Ismail berkata, jentera bomba tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian dengan kekuatan 10 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Menurutnya, setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah flat di tingkat tiga Blok 14, Taman Air Biru.

“Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas petroleum cecair (LPG) pada hos saluran gas.

“Rumah terbabit mengalami kemusnahan dianggarkan sebanyak 50 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan melecur pada kedua-dua tangan dianggarkan 50 peratus dan kedua-dua kaki sekitar 20 peratus.

“Seorang wanita dewasa pula mengalami kecederaan serta pendarahan di bahagian dahi ketika menyelamatkan diri manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mengalami kecederaan melecur pada ibu jari kaki kanan,” katanya.

Tambah beliau, ketiga-tiga mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum ketibaan bomba, manakala api kebakaran berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada pukul 10.32 malam sebelum operasi ditamatkan lapan minit kemudian. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN