Kebakaran di Kampung Kuala Bekah, Penaga memusnahkan sembilan motosikal pagi tadi. Foto IHSAN JBPM

Lelaki melecur, sembilan motosikal hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki melecur, manakala sembilan motosikal musnah dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah, Penaga di sini pagi tadi.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.18 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B berkeluasan kira-kira 40 x 40 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus.

“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN